Terima kasih kerana berminat untuk tambah pendapatan dan pengalaman dalam bidang jualan. Tahniah kami ucapkan walaupun anda belum lagi bermula tapi anda sudah ada usaha untuk penuhkan tabung simpanan anda di samping membantu lebih ramai wanita (juga lelaki) untuk dapatkan kulit wajah yang lebih bersih dan sihat dengan menggunakan produk yang diyakini selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia bahaya.

Kulit yang bersih dan sihat sudah tentu cantik secara semulajadi. Tapi kulit yang cantik belum tentu lagi bersih dan sihat 😉

Ada 3 cara untuk anda menjana pendapatan melalui DerMAGs iaitu ejen, stokis dan team sale.

Setiap satunya berbeza komisyen dan kelebihan yang anda dapat. Dan anda mesti bermula atau daftar sebagai ejen dulu sebelum menaiktaraf kepada stokis atau team sale. Kenapa? Untuk menjadi stokis anda perlu membuat belian produk sekurang-kurangnya bernilai RM3,000 pada harga ejen (diskaun 15%). Daftar sebagai ejen hanyalah syarat untuk melayakkan anda buat belian produk minimum sebelum dinaiktaraf menjadi stokis. Tidak semestinya anda perlu dapatkan jualan sebagai ejen.

Untuk sertai team sale kami pula ada dua perkara yang kami ambil kira. Maklumat lanjut boleh baca dalam laman Team Sale nanti.

Kalau anda nak bermula sebagai ejen DerMAGs dulu boleh teruskan bacaan ye.

Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi ejen DerMAGs yang sah di bawah pantauan kami. Sebahagiannya adalah syarat yang ditetapkan oleh pihak HQ DerMAGs. Manakala sebahagian lagi adalah syarat yang ditetapkan oleh pihak kami.

Syarat-syarat

  • Terbuka kepada lelaki atau perempuan tidak kira usia.
  • Mesti beli sekurang-kurangnya Trial Set untuk belian pertama pada harga runcit melalui dermags.net atau 011 5665 3631 (WhatsApp) supaya anda dapat merasai pengalaman sendiri menggunakan produk DerMAGs. ATAU
  • Pernah menggunakan produk DerMAGs sebelum ini walaupun beli melalui ejen atau stokis lain (kami akan semak dalam sistem). ATAU
  • Buat bayaran komitmen sebanyak RM80. Bayaran ini akan dikembalikan jika ejen berjaya mencapai jualan target minimum yang akan diberitahu nanti.
  • Mestilah seorang yang peramah, sabar dan mempunyai daya usaha untuk memajukan diri dalam bidang jualan.
  • Tidak mengharapkan jualan semata-mata. Tetapi mestilah mengharapkan result daripada pelanggan setelah menggunakan DerMAGs dalam satu tempoh masa tertentu.
  • Ejen tidak diwajibkan untuk menyimpan stok (dropship). Tapi sangat digalakkan untuk menyimpan stok terutamanya bagi yang menjalankan offline marketing.
  • Komisyen ejen adalah sebanyak 15% daripada harga jualan runcit.
  • Ejen perlu mencapai jualan terkumpul sebanyak RM1,000 dalam 3 bulan pertama.
  • Ejen yang tidak dapat mencapai jualan RM1,000 dalam 3 bulan pertama akan dilucutkan keahliannya sebagai ejen untuk membuka peluang kepada bakal ejen yang lain.
  • Bayaran komisyen akan dilakukan setiap 1hb dikreditkan terus ke akaun bank anda.
  • Tidak dibenarkan untuk bermain harga (menurunkan harga). Anda akan dilucutkan pangkat sebagai ejen jika HQ mendapati anda meletakkan harga lebih rendah daripada harga pasaran.
  • Namun, HQ benarkan untuk berikan 5% diskaun kepada pelanggan baru DerMAGs sekiranya perlu. Diskaun ini hanya sekali seumur hidup.
  • Setiap belian produk DerMAGs akan dapat 10% reward points yang boleh ditebus secara PERCUMA dengan mana-mana produk DerMAGs yang senilai apabila telah cukup points. Urusan penebusan produk hendaklah dimaklumkan kepada stokis.

Tugas Ejen DerMAGs

  • Sebagai seorang ejen, anda mestilah membuat pemasaran sendiri untuk mendapatkan pelanggan. Namun, kami ada sediakan tutorial asas untuk anda mulakan pemasaran online. Boleh klik di sini (akan dikemaskini).
  • Memberi konsultansi kepada pelanggan dengan ilmu dan fakta yang betul.
  • Memantau pelanggan terhadap kesan dan penggunaan produk DerMAGs secara berkala (sekurang-kurangnya 4 kali dalam 4 minggu) supaya pelanggan dapat amalkan cara pemakaian produk yang betul sebagaimana yang Dr Mariani sarankan.
  • Sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Kelebihan Menjadi Ejen

  • Setiap ejen akan dijemput masuk ke Group Telegram bersama Dr Mariani untuk sebarang pertanyaan dan perbincangan yang berkaitan dengan produk DerMAGs.
  • Setiap ejen akan disediakan bahan-bahan promosi digital serta informasi tentang DerMAGs untuk memudahkan proses pemasaran.
  • Setiap ejen juga akan disediakan modul latihan yang telah disusun oleh kami sendiri untuk memahami dengan lebih mendalam tentang DerMAGs dan fisiologi kulit supaya dapat menjadi konsultan yang berpengetahuan luas dalam bidang skincare.
  • Berpeluang menaiktaraf kepada stokis dengan margin untung yang lebih tinggi jika mencapai angka jualan minimum yang ditetapkan oleh HQ.
  • Berpeluang untuk belajar dari bawah bagaimana untuk membina bisnes sehingga mampu mengeluarkan produk sendiri.
  • Ejen-ejen yang telah mencapai KPI atau yang ada potensi akan ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada sales team kami, di mana tugas anda hanyalah untuk menjawab Whatsapp atau PM di FB Page untuk close sale dengan bakal pelanggan dan follow-up pelanggan sedia ada secara berkala. Kami akan uruskan pemasaran untuk dapatkan seberapa ramai lead yang anda perlukan. Lagi banyak lead, lagi banyak peluang untuk close sale, dan lebih tinggi komisyen yang anda akan dapat. Tak perlu lagi fikirkan tentang pemasaran, biar kami uruskan. Balasannya hanyalah 5% daripada komisyen anda untuk tampung kos pemasaran.
  • Kelebihan menjadi stokis atau menyertai sales team kami boleh baca di sini (akan dikemaskini kemudian).

Sudah bersedia untuk menjadi ejen DerMAGs? Sila WhatsaApp kami di nombor 011-5665-3631 atau terus klik butang di bawah: