Apa Beza Skin Purging & Breakout?

Biasa dengar muka tiba-tiba breakout bila tukar skincare baru? Selalunya kulit muka akan ditumbuhi jerawat atau iritasi pada sekitar muka. Biasanya kita akan menganggap produk tersebut tidak sesuai dengan kulit kita. Tapi sebelum tu, pernah tak anda dengar istilah skin purging?

Skin purging secara zahirnya nampak sama dengan breakout. Cuma berbeza dari segi kenapa ia terjadi.

Beza Skin Purging dan Breakout

Apa Itu Skin Purging?

Skin purging sebenarnya adalah proses di mana kulit sedang membersihkan kekotoran yang berada di bawah lapisannya. Kekotoran-kekotoran ini akan dikeluarkan dalam bentuk jerawat seperti jerawat pasir, jerawat halus atau jerawat biasa.

Tempoh purging (pembersihan) ini bergantung pada kulit masing-masing, dan berapa banyak kekotoran yang perlu dikeluarkan. Ada yang hanya mengalami skin purging dalam 1 minggu sahaja. Ada juga yang ambil masa berbulan. Tapi kebiasaannya tempoh penyingkiran kekotoran lapisan bawah kulit ini berlaku antara 4 ke 6 minggu sebelum kulit mula menjadi bersih.

Jerawat yang keluar akibat skin purging selalunya terjadi apabila menggunakan produk skincare atau kosmetik yang mengandungi AHA, BHA, retinoid dan beberapa bahan aktif lain yang mana fungsinya untuk membersih dan membaiki lapisan bawah kulit. Ini juga termasuk dengan bahan aktif seperti Alpha-MAGs yang terkandung dalam produk-produk DerMAGs terutamanya DerMAGs Intensive Brightening Serum yang paling tinggi kandungan Alpha-MAGs.

Jika selepas 4 minggu atau lebih jerawat masih belum hilang, cuba kurangkan penggunaan produk tersebut kepada sekali seminggu, pakai di waktu malam sahaja. Kalau kulit nampak semakin baik, pakai produk tersebut selang sehari. Kemudian pakai sekali setiap hari jika kulit menunjukkan kesan yang makin baik hinggalah boleh pakai sekurang-kurangnya dua kali sehari seperti biasa.

Jika masalah masih berlarutan, kemungkinan itu adalah breakout.

Apa Itu Breakout?

Breakout ni pula adalah keadaan di mana kulit tidak dapat terima bahan aktif yang terkandung dalam produk skincare tersebut. Selalunya kesan daripada breakout ni nampak seperti timbul bintil merah ataupun keluar jerawat merah yang besar. Ada juga yang mengalami masalah kulit mengelupas dalam fasa kulit breakout ni.

Hentikan segera pemakaian produk tersebut jika ini berlaku pada kulit anda. Sebaik-baiknya anda perlu bebaskan kulit daripada sebarang skincare sekitar sebulan sebelum mula mencuba skincare lain.

Ada juga breakout terjadi berpunca daripada faktor lain seperti gangguan hormon, stress yang melampau dan juga masalah pencernaan.

Bagaimana Nak Bezakan Skin Purging dengan Breakout?

Ada pendapat mengatakan jerawat yang timbul akibat skin purging akan naik pada tempat yang pernah keluar jerawat sebelum ini. Manakala breakout pula sebaliknya, muka akan naik jerawat di tempat yang tidak pernah keluar jerawat sebelum ini.

Ini antara cara paling mudah untuk tentukan sama ada ianya skin purging ataupun breakout.

Tapi kaedah penentuan ini tak semestinya tepat. Bagi orang yang tak pernah naik jerawat seumur hidupnya, tetapi tiba-tiba keluar jerawat apabila mencuba sesuatu produk skincare, perlu tunggu dalam tempoh tertentu sebelum dapat putuskan ianya sama ada skin purging atau bukan. Kecuali berlaku perubahan kulit wajah yang sangat teruk seperti naik bintil-bintil merah atau jerawat besar secara mendadak, tak perlu fikir panjang, boleh terus hentikan penggunaan produk tersebut.

Perlu diingat juga yang kulit muka kita ada masanya akan keluar jerawat pada satu-satu masa. Jerawat yang keluar hari ini sebenarnya telah mengambil masa beberapa hari sebelum itu untuk keluar.

Ada produk skincare yang mengandungi bahan untuk mempercepatkan proses pengeluaran jerawat bagi tujuan pembersihan kulit. Jerawat yang sepatutnya akan keluar dalam 7 hari tapi dipercepatkan prosesnya untuk keluar lebih awal.

Jadi, bila baru pakai sesuatu produk tapi keluar jerawat selang beberapa hari selepas itu jangan pula terus salahkan produk. Boleh jadi ianya hanyalah skin purging dan ia sebenarnya adalah bagus untuk memastikan tiada kekotoran yang tersimpan di bawah lapisan kulit.

Rujukan

102 thoughts on “Apa Beza Skin Purging & Breakout?”

    1. Bergantung pada kulit juga. Ada orang ok, ada yang berlaku purging. Tapi bila pakai produk yang ada AHA atau BHA atau dua-dua sekali kena pastikan pakai sunscreen dengan cara betul ye. Sebab kulit akan jadi agak sensitif sikit dengan sinar UV matahari bila pakai produk yang ada dua bahan ni.

      1. Hi, saya nak tanya.. sebelum ni mmg saya sllu pakai moisturizer hada labo (gel) bekas biru muda..

        Jadi, baru2 sy beli baru sbb dh habis.. tapi, bila pakai tetiba naik jerawat pasir banyak,merah dan gatal.. padahal sebelum ni ok je.. adakah ini dipanggil purging juga?

        Risau juga sbb bli dkt watson tpi kotaknya dah ditape. Apa sy perlu huat ya? Stop pkai dlu ke?

        1. Hi sis 🙂

          Biasanya purging berlaku semasa awal² tukar produk. Maksud ditape tu macam dah pernah buka ye? Mungkin sis boleh refer semula ke watsons ataupun stop kejap dalam 1-2 minggu. Observe kulit jerawat pasir hilang atau tak. Kalau hilang boleh cuba pakai semula ye.

      2. Hai sis, saya nak tanya. Saya baru tukar cleanser salycylic acid.
        Sebelum ni muka saya bahagian dagu memang selalu keluar jerawat, tapi saya pakai clindamycin. Jadi jerawat susut. Cuma saya dah stop clindamycin dan pakai cleanser salycylic acid cosrx dan adapalene. Soalan saya, kenapa jerawat saya makin kerap naik dekat dagu. Adakah ianya purging atau breakout?

        1. Hai sis 🙂

          Pertama sekali minta maaf sebab kurang familiar dengan clindamycin. Tapi selalunya bila baru tukar brand produk yang kandungannya berbeza bahan aktif akan berlaku purging pada peringkat awal.

    2. Hai aslm.saya nak tanya.saya ada pakai satu produk nih.Alhamdulillah jerawat &tiny bump dah kurang..Sekarang tinggai parut dan muka lubang ada suggestion tak?dan jugak walaupon jerawat & tiby bump hilang tapi jerawat kecil kecil mula naik kat kawasan xpenah naik sebelum nih😭ada apa apa solution tak?

      1. Wa’alaikumussalam 🙂

        Untuk parut biasanya kita boleh pakai produk yang mengandungi bahan pencerah contohnya niacinamide, alpha-arbutin dan juga alpha-Mags yang exclusively ada dalam Dermags Skincare. Termasuk juga vitamin C pun boleh cerahkan kulit. Boleh buat research sikit ye tentang ni.

        Untuk muka berlubang yang terbaik ialah buat rawatan needling. Ada jual alatnya tapi better buat di mana² klinik aesthetic yang ada tawarkan servis ni sebab isu hygiene. Boleh try google ye.

        Untuk jerawat kecil ni banyak faktor juga sebenarnya. Boleh check dengan jenis kulit dulu sama ada kulit jenis berminyak atau tak. Atau mungkin berpunca daripada produk skincare yang puan pakai. Boleh cuba stop satu² produk untuk tengok sebarang perubahan.

  1. Hi, saya nak tanya. Sebelum ni kulit saya susah nak timbul jerawat. Tp lepas saya pakai satu produk ni, jerawat/tiny bump mula naik di dahi saya. Saya pakai nak masuk 3bulan tp masih ada jerawat dan tiny bump di dahi. Bila saya tanya pada penjual, katanya itu purging. Tapi tidak nampak berkurang. Adakah breakout?

    1. Hi Ira 🙂

      Owh dah 3 bulan tapi masih naik jerawat ye? Ada pendapat kata purging cuma berlaku dalam 2 minggu ke 2 bulan. Kalau lebih daripada tu disarankan untuk tukar produk. Mungkin bahan dalam produk tu tak sesuai dengan kulit. Tapi ada juga kes purging berlaku sampai 6 bulan. Lepas 6 bulan barulah kulit betul-betul bersih dan lagi cantik daripada sebelum purging. Tapi yang penting cuba cik Ira check bahan-bahan dalam produk tersebut. Boleh check di http://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer. Masukkan semua ingredients produk tersebut. Nanti akan keluar result.

  2. Hai.. saya tukar produk hampir nak sebulan dah. Sebelum tukar tu, mmg ada jerawat dekat dahi dan pipi sikitt. Seminggu selepas start produk baru, jerawat keluar dgn agak banyak terutama dekat pipi. Ni purging atau breakout? Sebab sampai ke hari ni jerawat makin bertambah. Hampir nk sembuh dah tapi tiba² naik semula😅

    1. Hai sis 🙂 Maknanya dah nak sebulan tukar pudar jerawat yang naik banyak tu masih belum berkurang ye?

      Purging biasanya sekitar 2-4 minggu lepas tu akan slowly berkurangan. Tapi kalau jerawat yang naik tu jenis yang besar dan sakit, itu breakout. If so, better stop produk baru tu dan jangan pakai apa² produk dulu dalam sebulan. Biarkan kulit bertenang dulu. Ataupun terus refer pada dermatologist ye. Nanti dermatologist akan bagi ubat khas.

  3. Haii nak tanya.. Kita dh guna produk tu around sebulan mcm tu.. Tiba2 naik jerawat putih kecik2 dekat area dahi, dagu dan pipi.. Agak banyak jgak la tpi x sakit.. Just jerawat putih je.. Itu breakout atau purging?

    1. Haii 🙂

      Jerawat tu mula naik bila ye? Awal² pakai dah naik ke atau lepas sebulan baru naik? Boleh tau juga apa skin type sis? Kulit berminyak ye?

  4. Hai..saya nak tanya..saya baru sahaja gunakan satu cleanser ni..lepas tu dalam 2 hari selepasnya ada tumbuh jerawat putih tapi x sakit..bila dilihat semula…kandungan bahan produk tu x der pulak yg dinyatakan dlm artikel ni yg boleh menyebabkan skin purging..jd sy cuma nk kepastian sama ada keadaan mcm ni normal ataupun mmg saya perlu stop guna cleanser ni..huhu

    1. Hai 🙂

      Jerawat putih ni selalunya terjadi bila pembentukan minyak atau bakteria pada kulit yang tidak terbuka. Selalunya kita sebut whitehead. Boleh cuba gosok muka dengan ice cube, tapi make sure balut dulu dengan kain ye. Kalau kulit sangat kering tak digalakkan guna ice cube direct pada muka, nanti boleh jadi makin kering dan menyebabkan keradangan kulit. Sambil tu boleh pakai softener untuk kawal lebihan minyak pada muka. Cuba observe dalam satu ke dua minggu. Oh ye, jangan picit atau cucuk whitehead tu ye, nanti bila terbuka ia jadi blackhead pula huhu.

        1. Sama-sama puan 🙂 Boleh cuba dulu pakai dalam 1-2 minggu. Kalau whitehead makin banyak mungkin ada bahan dalam cleanser tu yang tak sesuai dengan kulit puan. Puan boleh juga check setiap bahan tu dalam web skincarisma.

  5. nak tanya saya baru 2 3 hari guna satu toner ni lepastu tiba-tiba jerawat macam ada nanah tu naik kat muka tapi kat tempat yang smaa dengar jerawat selalu tumbuh lepastu merah merah btw saya muka baru nak okey lepas saya guna basic skincare ..apa yang perlu saya buat teruskan atau berhenti pakai toner tuu??

    1. Salam sis 🙂

      Kalau jerawat bernanah maknanya dah berlaku infection bakteria kat situ. Tak pasti juga sama ada berpunca daripada toner yang sis pakai tu atau maybe ada penyebab lain. Banyak ke naik jerawat bernanah tu sis? Maybe sis boleh cuba stop kejap pakai toner tu dalam 1-2 minggu dan tengok sebarang perubahan pada kulit sis. Kalau kulit makin ok tanpa pakai toner maknanya kemungkinan besar toner tu kurang sesuai dengan kulit sis.

      1. Hai😊
        Nk tnya sy sblm ni sy tersalah pkai yg tmbang kilo agk lama la sbb xtahu sgt psl skin ni..skrg dh tahu serba sedikit cuba tkr produk organik mula² pkai treadment dan serum..muka ok lg lps tu tambah cleanser esoknya terus berjerawat..naiknya bkn sikit..siap berjerawat batu lg tp sy truskan pakai tp makin hari makin naik jrwatnya dikatakan setiap hrni la naik jrwat..selama ni xpernah berjerawat pn..jrwat naik lps tu surut lps tu naik blk lps tu surut semula…😫muka sy makin hr makin hitam hangus mcm terbakar..muka jd gelap dr tgn..jd burn terus..dr awl pkai smpai skrg berbulan² xde perubahan..cuma jrwat nmpk dh berkurangan xdela
        naik hr² tp msih still naik jrwat la.. hati ni dh xkuat dh sbnrnya nk hadap tp sy kuatkan smgt..terfikir mgkin ambik masa nk serasi atau muka dlm proses pemulihan kot…stress sy😭 adakah sy muka tgh breakout atau purging?? Apa perlu sy buat?

        1. Hai sis 🙂

          Based on pengalaman customer sebelum ni yang pernah pakai produk timbang kilo, selalunya muka akan naik jerawat banyak untuk beberapa minggu atau bulan depends pada berapa lama dah pakai produk timbang kilo tu. Lepas habis fasa ‘naik jerawat’ tu alhamdulillah kulit jadi makin bersih n licin. Mungkin situasi sama juga dengan sis cuma perlukan beberapa minggu lagi untuk pulih. Sebab sekarang dah makin berkurang kan 🙂 Mungkin produk yang sis pakai tu sesuai dengan sis. Boleh teruskan tapi dalam masa sama kurangkan pengambilan gula sebab gula boleh buatkan jerawat makin galak naik. Makan atau minum manis sikit² boleh sebab badan kita memang perlukan guna cuma jangan kerap sangat ye.

          Oh ye, sarung bantal pun kena kerap tukar juga ye. Mungkin 2 atau 3 kali seminggu dan jangan stress ye sis. Makin stress makin lambat jerawat surut.

          Satu tips daripada Ustazah Asma Harun sambil pakai skincare sis boleh amalkan zikir Ya Salam dengan niat semoga Allah sembuhkan masalah kulit sis 🙂

          Untuk masalah kulit jadi gelap macam terbakar boleh jadi disebabkan sunburn. Sis ada pakai sunscreen tak? Kalau tak sebaik²nya cuba amalkan ye. Cari yang SPF50 PA+++ paling kurang dan pakai setiap 3 ke 4 jam sekali. Tapi pastikan cuci dulu dengan oil cleanser atau makeup remover sebelum ambik wudhuk ye. Sebelum tidur wajib buat double cleansing (Oil Cleanser + water-based cleanser) supaya tak ada lebihan sunscreen yang tinggal dalam kulit yang boleh jadi naik jerawat nanti.

    2. salam nak tanya saya baru try produk hada laboo dlm 2-3 hari ni… muka saya naik mcm ruam…rasenya mcm jerawat pun ade..biji2 kecikk…. adakan produk tu x sesuai dgn kulit muka saya

      1. Salam sis. Maaf lambat reply.

        Hada Labo antara produk yang bagus juga. Sis dah check jenis kulit sis dulu macam mana? Mungkin produk yang sis pakai tak kena dengan jenis kulit. Cadangan saya cuba stop pakai semua dulu dalam seminggu, muka masih naik ruam/jerawat atau tak. Kalau tak, kemungkinan ada mana² produk yang kurang sesuai dengan skin type sis. Boleh cuba pakai satu² dulu, jangan pakai semua serentak. Setiap satu produk pakai selama seminggu dan observe sebarang perubahan pada kulit. Produk mana yang trigger jerawat atau ruam sis boleh gantikan dengan yang lain 🙂 Harap membantu ye.

  6. Hi sis, saya nak tanya kalau kita dah pakai product tu berbulan bulan dah lepastu sekarang baru tetiba jadi macam purging, saya kena tukar product ke tak payah eh? lagipun cleanser saya guna selamani memang ada salicylic acid, so ni just purging kan?

  7. Hai sis, saya nk tnya kulit saya bkan yg jenis brmasalah sbelum ni. Kulit saya jenis yg kering. Then baru2 ni saya ada try satu serum, knapa ya muka sya naik tiny bum dkt area dagu and pipi? Sya bru first time pakai serum yg ada hyaluronic acid dan arbutin. Saya start pakai dari 5 feb until now. Adakah ini proses purging atau tk sesuai dngn skin saya eh? Should i stop?

    1. Hai sis 🙂

      Sorry tanya. Basic skincare sis macam mana ye? Salah satu punca tiny bumps naik biasanya sebab kulit tak dibersihkan dengan baik, terutamanya sel kulit mati. Cuba sis scrub muka dulu ye. Tapi pakai scrub yang jenis gentle je dulu. Ataupun boleh juga pakai cleanser yang ada fungsi exfoliate.

  8. Hai sis! Kulit saya ini jenis yang berminyak.Selama hari ini saya pakai produk okay sahaja muka.Jerawat itu kadang-kadang jelah ada.Sejak 2-3 minggu ini muka saya tiba-tiba muncul jerawat dekat bahagian bawah mulut (dagu).Jerawat dekat bahagian ini jenis yang merah-merah dan ada isi.Dahi pula jerawat jenis yang close commedo.Saya juga cadang untuk menukar produk sebab rasa ada yang kurang berkesan untuk muka saya.By the way saya ini remaja
    Basic Skincare yang saya apply dalam rutin seharian.
    1)Simple Gel Cleanser
    2)Guardian Aloe Vera Gel
    3)Simple Toner
    4)Skin Aqua Sunscreen (Botol Warna Pink)
    Lagi satu saya cadang nak tukar/tambah produk
    1)Senka Perfect Whip Fresh Oil control

    1. Hai sis. Minta maaf lambat reply 🙂

      Untuk kulit berminyak agak mudah naik jerawat kalau tak dijaga dengan betul. Selalunya disebabkan pori² tersumbat dengan lebihan minyak muka. Lagi² bila ada pakai makeup ataupun sunscreen. Cuba amalkan double cleansing dulu ye at least sekali sehari terutamanya masa night routine. Boleh beli oil cleanser contohnya macam Biore yang botol purple ataupun hada labo botol oren. Yang brand Simple atau Neotrogena pun boleh. Cuba dalam 1-2 minggu, kalau jerawat makin kecut dan berkurang maknanya betullah masalah pori² tersumbat. Kalau tiada perubahan atau makin banyak naik jerawat saya cadangkan sis jumpa doktor kulit ye untuk scan apa masalah sebenar.

  9. hai sis,
    Sy combination skin more ke oily. Sy bru try product yg ada retinol. Sy just guna mlm, sehari skli shj. Hari kedua penggunaan..t zone sy dan certain part rahang ada keluar bintik putih kecil yg ada isi..kt tmpt yg prnh sjrh silam pnh ada jrwat wlpn dh setahun lbih berlalu.. Sy mmg jnis sng ada tiny bumb disbbkn pori sy agk besar..hingga ke harini 4 hari penggunaan masih ada bintik putih yg baru naik.. Stkt ni tkda jrwt yg serius kluar..

    Itu purging ke? Atau nk stop pnggunaan..

    1. Hai sis 🙂

      Bintik² putih kecil tu makin hari makin banyak ke yg keluar ye? Kalau makin banyak better stop dulu pakai retinol. Kalau tak bertambah cuba tengok dalam seminggu dua ada berkurangan atau tak. Kalau berkurang alhamdulillah. Tapi kalau masih sama mungkin kulit sis belum sesuai pakai retinol. Untuk pakai retinol kita perlukan ilmu skincare yg lebih sikit. Minta maaf saya tak dapat nak explain sebab masih belajar lagi tentang penggunaan retinol yg betul.

  10. hai sis! saya baru jer tukar produk baru dalam beberapa hari lepas, lepas 3 hari saya pakai, muka saya naik macam tiny bump dekat pipi dengan beberapa bintik kecil warna putih , lepastu saya rasa gatal-gatal…ni dikira skin purging ke? Saya baru start nak buat skincare routine tapi saya hanya pakai mosturizer jer…..saya kena stop pakai kedua2 produk ni ke kalau still rasa gatal2 dan bintik2 masih naik?

    1. Hai sis 🙂

      Boleh jadi ada komplikasi produk tersebut dengan kulit sis sebab ada rasa gatal² sekali. Cuba stop dulu at least 2 minggu. Sis observe keadaan kulit sis dalam tempoh tu ye.

  11. H.. saya nak tanya. . saya baru try produk elegant.. sebelum ni saya pakai produk lain then terus mengejut tukar produk enrc ni. Produk ni mmg ada ingredient bha. Hari pertama pakai tak ada masalah. Tapi hari kedua pkai dah mula naik jerawat yang nanah putih tu. Tapi naik sikit sikit di sekitar pipi dan dagu. Saya sejenis kulit kering yang jrang n kira susa nak naik jerawat n kdg ada rasa gatal sebelum berlaku pertumbuhan jerawat tu. Adakah ni proses purging ya?.

  12. Hi! nak tanya, saya tukar skincare and dah nak masuk 6 minggu saya guna. Semasa seminggu penggunaan skincare tu tak keluar jerawat pun tapi selepas 2-3 minggu sampai sekarang terus keluar jerawat tapi jerawat kecil. Adakah itu still purging?

    1. Hi 🙂 Boleh jadi juga purging. Ada kalanya purging ambil masa lama juga nak berhenti kalau produk tu tak mengandungi bahan² terlarang. Cuba check ingredients produk tersebut di web skincarisma.com ye.

  13. Hai sis.. saya bru start guna set skincare ni dalam seminggu lepas tu jerawat yg mcm ada putih2 kt dalam tu mula tumbuh banyak tpi mmg tumbuh kat kawasan yg selalu ada jerawat.. Saya double cleansing 2 kali sehari dan lepas tu pakai toner baru lah di ikuti dengan step lain.. Rasanya ni purging or breakout ye? Saya risau ni ada kena mengena dgn penyakit ain yg selalu kita dengar tu

    1. Hai sis 🙂 Mungkin masih dalam fasa purging sebab boleh dikatakan masih baru lagi pakai kan. Kalau breakout selalunya jerawat tu agak kasar dan besar. Purging selalunya jerawat² kecil tapi kalau ada putih² tu kemungkinan jerawat tu pernah pecah dan dijangkiti bakteria. Kadang² tak lama pun, lepas beberapa hari akan hilang.

  14. Hai admin.. Muka saya jenis berjerawat di kedua belah pipi dan dagu. Sebelum tukar skincare baru, saya pakai skincare lain. Alhamdulillah skincare tersebut okay tapi dia tak menghilangkan jerawat sangat. Jadi setelah 2 tahun saya buat keputusan utk tukar skincare baru and saya tukar skincare ni hampir 2 minggu dah. Btw skincare baru ni dia macam produk utk acne prone macam tu. Jadi semasa tukar tu, saya ada jerawat yang berketul di dagu dan jerawat biasa di pipi. Seminggu selepas start skincare baru, jerawat yg berketul mula keluar dgn agak banyak dekat tempat sama. Ni purging atau breakout ya? Sebab sampai ke hari ni jerawat makin bertambah. Bila jerawat tu tumbuh dia akan kecut 2 3 hari kemudian, tapi lepastu tiba² keluar jerawat baru pulak. Dekat dahi pon tumbuh padahal dahi saya sebelum ni jarang tumbuh jerawat berketul. Saya jadi keliru admin nk terus pakai atau tak. Mohon pencerahan. 😭

    1. Hai sis 🙂

      Isu jerawat ni perlukan details supaya kita dapat kenalpasti dari mana punca jerawat tu. Mula dengan bahan² yang ada dalam produk skincare, adakah bahan² tu ok atau tak. Boleh buat analyzer di web skincarisma.com.

      Berkenaan dengan jerawat yang tumbuh di dagu ada kemungkinan ia berkaitan dengan masalah hormon. Tapi kalau bukan hormon puncanya boleh selidik punca lain pula. Nak kata purging tak nampak macam purging pula. Walaupun tak ada istilah ‘healing process’ dalam skincare routine, tapi ikut pengalaman kami ada customer yang mengalami ‘healing process’ ini selepas bertukar produk baru. Selalunya dalam bentuk jerawat, seolah² sel kulit sedang keluarkan bahan² lama yang ada dalam kulit daripada produk skincare lama. Selalunya ambil masa 2-4 minggu tapi ada juga sampai 2, 3 bulan tapi sangat jarang. Lepas fasa ‘healing process’ inshaAllah kulit jadi makin bersih, jerawat pun dah tak naik dah 🙂 Tapi ini cuma andaian. Yang penting sis selalu observe kulit sis ye. Cuba tunggu sampai cukup 4 minggu, kalau jerawat makin bertambah berkemungkinan produk baru tak sesuai dengan sis. Ataupun sis kena minimakan penggunaan skincare dulu contohnya cuma buat double cleansing sahaja pada peringkat awal ni. Harap membantu 🙂

      1. Hai admin. Sebelum nie sy pengguna produk timbang kilo. Skg sy dh stop timbang kilo n bru mencuba pakai skincare dari Himalaya. Rutin sy setiap pagi n setiap malam, cuci muka mggunakan Himalaya Moisturizing Aloe Vera Face Wash, pstu pakai Cleansing Astringent Toner and last, siang pakai Daily Brightening Cream dari Fair n Lovely n malam pakai night cream Himalaya yg Revitalizing tu. Bru 4hri guna, skg kulit sy rasa sedikit pedih n gatal kat area bawah mulut. And tiny bumps muncul kat area pipi kanan dan kiri. Adakah produk Himalaya x sesuai dengan skin saya? 👀 sy dh check ingredients kat web skincarisma tapi x berapa faham 😣

        1. Hai sis. Maaf lambat reply.

          Ok sis…mula² sis kena tau dulu jenis kulit sis macam mana sama ada normal/oily/dry atau combination. Bila dah tau skin type barulah sis beli produk yang sesuai dengan jenis kulit sis.

          Berkenaan dengan rasa pedih dan gatal lepas pakai produk Himalaya, peringkat awal ni susah juga nak tentukan sama ada produk Himalaya ok atau tak dengan kulit sis. Lagi² sis ada pengalaman pakai produk timbang kilo yang mana biasanya dalam produk timbang kilo ada bahan yang boleh menipiskan kulit. Rasa pedih dan gatal juga boleh berpunca daripada kulit yang nipis lagi² bila ada bahan tertentu dalam sesuatu produk yang mungkin tak sesuai dengan kulit sis.

          Kalau sis baru je stop pakai produk timbang kilo kemudian terus pakai Himalaya, saya cadangkan sis stop dulu pakai apa² produk at least dalam dua minggu, sebaik-baiknya satu bulan. Biarkan kulit sis rejuvenate secara semulajadi dulu. Lepas tu baru pakai Himalaya ye 🙂 Dalam tempoh ‘bertenang’ ni boleh pakai cleanser je dulu itupun kalau cleanser tersebut tak mengandungi terlalu banyak bahan. Harap membantu ye.

  15. Hai sis,

    Saya dah lama stop pakai apa² jenis produk untuk skincare,selepas saya breakout hampir 3 tahun kerana pakai produk timbang kilo. Sekarang saya mula nk start pakai skincare balik kerana muka nampak kusam, tapi selepas tu muka naik jerawat . Sekrg dah hmpir 3 minggu pakai so saya nk tahu ni purging atau breakout. Saya perlu berhenti pakai atau tidak.

    1. Hai sis 🙂

      Boleh senaraikan produk apa yang sis pakai? Ada pakai makeup, ataupun sunscreen? Kalau ada, adakah sis amalkan double cleansing setiap hari?

  16. Hai 👋🏻

    Sy tngh stress skrg ni sbb sy haritu jumpa dermatologist & she give me tretinoin & benzoyl peroxide. Already 2 weeks im using both of it. Skrg ni muka sy naik jerawat nanah yg bnyk di sekitar 2 belah pipi (which is mmg top spot jrwt before). Taktau tu purging or not. 1st week & nak masok mggu ke2 tu dkt kawasan yg ada jerawat tu mmg sakittt sangat. Skrg dh redha sikit just masih ada jugak sikit jerawat nanah tu but dh tak brp nak sakit. Semalam my mom tegur “asal makin terok muka ni? Merah2?” Sy trus rasa mcm tak brp nak yakin dgn process purging (kalau betul mmg purging). Sy akan jumpa dermatologist balik 16/8/22 ni. Tolong yakinkan sy utk bertahan dlm process purging ni boleh? Hmm. Kalau betul ni process purging laa. Apa pendapat awak ya?

    1. Hai sis 🙂

      Pertama sekali saya tak dapat tentukan apa yg berlaku pada sis sekarang ni purging atau tak. Tapi memandangkan sis dah jumpa dermatologist sis cuma perlu yakin and sabar dengan rawatan yg diterima ye. Setahu saya tretinoin tidak boleh digunakan dalam mana-mana produk skincare yg ada jual di pasaran unless ada prescription daripada dermatologist. Maknanya dermatologist sis tahu yg kulit sis perlukan tetrinoin dalam amaun tertentu. Maafkan saya kalau salah dengan info ni.

      Jadi buat masa sekarang sis cuba untuk sabar dulu ye. Ikut apa saranan dermatologist. Dalam masa sama sis boleh kurangkan makan/minum yg manis (kalau selama ni jadi habit). Banyakkan minum air kosong. Kurangkan atau elakkan makan apa-apa yg boleh trigger jerawat sis selama ni kalau ada ye.

      Sekadar nak cerita, pernah pelanggan kami mengalami skin purging yang lama hingga 6 bulan (disebabkan pernah pakai produk yg mengandungi bahan kimia bahaya selama 2 tahun) sebelum kulit mula bersih beransur-ansur. Dia yakin dengan produk Dermags hinggakan dia sanggup sabar sampai kulitnya pulih alhamdulillah. Untuk kes sis ni sis cuba ikut apa yg dermatologist sarankan ye 🙂

  17. Salam sis
    Sye nak tanya. Sye try serum n cleanser mkin lame mkin naik jerwat batu yg besar n tiny bump yg banyak, adakah tak serasi gn sye?
    Ataupon sebb sye pernah pakai skincare timbang kilo dulu tu yg keluar banyak jerawat batu..(tu yg penjual tu kata,dia kata kena sabar.sebab mmg keluarkan jerawat,btol ke?)
    Macam mana ye sis. Adakah sye patut teruskan atau stop?
    Muka sye jenis berminyak mmg perlukan cleanser kalau nak stop akincare, nak pakai cleanser ap ye yg oky?

    1. Salam sis 🙂

      Sis pakai cleanser & Serum Dermags ye? Kalau ya, sebelum puan pakai Dermags sebaik-baiknya puan lalui dulu tempoh bertenang daripada sebarang skincare (kecuali cleanser yang jenis light/gentle dan bebas bahan kimia bahaya) at least sebulan. Kalau sebelum ni pernah pakai produk yang mengandungi bahan kimia bahaya kena extend lagi tempoh bertenang dalam 2 ke 3 bulan. Sebaik-baiknya 3 bulan ke atas, lagi² bila pakai produk tersebut dalam tempoh yang lama.

      Lepas tamat tempoh bertenang boleh pakai produk Dermags secara berperingkat. Mula dengan Cleanser & Softener/Moisturiser dulu dalam 2 minggu (atau 4 minggu kalau pernah pakai produk dengan bahan kimia bahaya sebelum ni). Kalau muka berminyak sangat bagus pakai cleanser & softener dulu. Selesaikan masalah minyak berlebihan dulu. Jangan pakai serum lagi dalam tempoh ni.

      Selepas 2-4 minggu baru mula pakai Serum tapi cuma sekali sehari dulu ye. Observe keadaan kulit, kalau tiba² naik jerawat boleh stop kejap serum dan teruskan pakai cleanser & softener je dulu. Kulit belum ready lagi sebab serum ada bahan aktif yang tinggi yang fokus untuk masalah jeragat. Tapi ada juga customer yang teruskan juga pakai walaupun muka naik jerawat, tapi alhamdulillah sampai satu masa jerawat semua hilang dan kulit jadi sangat bersih 🙂

      Terpulang pada sis nak teruskan pakai atau tak. Tapi cadangan saya lebih baik stop kejap pakai serum, teruskan pakai cleanser & softener dulu ye.

  18. Salam sis,
    i punya skin ni jenis oily. before this i punya skin ok just naik jerawat 1, 2 jer tapi banyak acne scar kat pipi and tiny bump. routine skincare siang pakai cosrx morning cleanser, toner cosrx aha/bha and cosrx sunscreen. mlm pulak i pakai cosrx morning cleanser, ubat acne(Benzoyl peroxide 5%), axis-y correcting serum and then moisturizer (grapeseed oil). tapi i dari dulu lagi ade problem tiny bump kat area pipi and dahi tapi dahi i dh ok tinggal lah bahagian pipi so i buat lah research. i beli essence. i pakai essence time malam pastu i stop pakai axis-y correcting serum. masa first day pakai muka i dh start naik jerawat pastu surut. hari seterusnya jerawat naik lagi tapi at the same time dia mcm surut tk surut 😂. i tk tahu purging or breakout sbb jerawat naik kat kawasan jerawat yg pernah naik dulu and tiny bump i still tk berkurang. lagi satu i nk tanya. ubat jerawat pakai before moisturizer or after?

    1. Salam sis 🙂

      Daripada cerita sis nampaknya macam bukan breakout, tapi punca sebenar susah juga nak tentukan sebab jerawat ni ada banyak faktor. Cuma dicadangkan sis cuba amalkan double cleansing setiap malam ye (cleansing oil dulu kemudian water-based cleanser) untuk singkirkan segala oil impurities pada muka yang mungkin jadi punca tiny bump dan jerawat.

      Ubat jerawat beli dari farmasi ye? Selalunya ubat jerawat atau apa² produk treatment dipakai sebelum moisturiser & sunscreen.

  19. Hello admin saya nak tanya lah
    Saya naik jerawat di bahagian pipi masa saya
    Pakai dua cleanser yg berlainan brand, saya masatu taktau apa2 hahaha so saya cmpur kedua2 nya… skincare SIMPLE dengan MIRACLE
    Lepastu terus naik smpai sekarang tak hilang2. masa jadi tu akhir2 tahun 2021 sekarang 2022 masih ada lagi jerawat nya. Saya budak sekolah lagi tapi yelahkan… Tak pernah naik jerawat tetiba naik sebanyak ni… Takdelah banyak tapi tak sedaplah mata memandang rindu rupa handsome saya huhu

    1. Hai 🙂

      Mungkin salah satu cleanser tu tak sesuai dengan kulit awak. Lagi² kulit remaja agak sensitif dengan bahan aktif yang tinggi. Cuba pakai salah satu sahaja cleanser ye. Saya cadangkan awak pakai cleanser Simple je dulu sebab Simple ni bahan dia agak light untuk kulit.

  20. salam sis , baru abt 4-5 harini saya pakai product toner aha bha warna purple tu. muka saya memang breakout sebelum cuba product ni, tapi lepas pakai bertambah breakout. jerawat lama saya dari warna gelap jadi lebih menimbul & merah merah naik tapi tak sakit tak pedih. Dan tumbuh jerawat dekat kawasan yang tak selalu tumbuh jerawat (dahi tapi seketul je agak besar sikit n berbiji putih) saya kulit jenis combination more to oily. saya dah dua hari tak guna product tu skin saya jadi kurang bermerah berbanding dari haritu (masih ada kemerahan)Tapi skin belum ada kesan semakin elok, hanya kurang kemerahan saja. Masih ada jerawat kemerahan di tepi hidung dan pipi. mungkin sebab saya pakai 3 hari berturut turut product aha bha tu as a beginner. Tapi ni purging or breakout sis ? Patutkah saya cuba pakai lagi tapi 2-3 kali seminggu ? Atau pun stop ?

    1. Salam sis 🙂

      Untuk makluman produk yang mengandungi AHA BHA ni tak boleh dipakai setiap hari. Tak silap saya seminggu cuma 2 kali sahaja, maaf saya kurang ingat details tentang AHA BHA ni sebab tak fokus dengan dua bahan ni. Tapi bila sis stop nampak perubahan sedikit positif kan? Cuba stop dulu beberapa hari sebelum try pakai lagi produk tersebut ye.

    1. Ok..sebenarnya agak susah nak tentukan produk mana yang betul² sesuai dengan kulit kita melainkan cuba satu per satu. Tapi dengan syarat mesti tahu produk tersebut tidak mengandungi bahan² yang bahaya. Selalunya yang ada di drugstore tak mengandungi bahan bahaya. Cuma ada produk yang menggunakan bahan yang tak semua orang boleh pakai. Contohnya macam salicylic acid, AHA, BHA. Boleh pakai tapi dengan beberapa syarat. Kena ada ilmu sikit tentang ni.

  21. Hi,

    Saya nak tanya. Saya tukar beberapa skin care saya, kemudian skin saya naik banyak jerawat besar merah sekali dgn nanah. tapi jerawat tu naik dekat kawasan muka saya yang kerap naik which is dekat pipi dan area kening saya. Jerawat yang jadi besar dan merah tu pula asalnya cuma mcm tiny bump je sebelum saya tukar skincare. Adakah itu purging atau breakout? Any tips for this situation?

    1. Hi 🙂

      Nampaknya macam breakout. Tapi mungkin juga bukan. Cuba stop dulu at least 2 minggu produk baru tu tengok macam mana ye. Kalau jerawat makin surut, lepas tu boleh try pakai balik produk tu. Tapi kalau jadi lagi jerawat besar merah n nanah mungkin ada bahan dalam produk tu yg tak sesuai dengan kulit sis. Boleh try tukar yang lain ye.

  22. Hye sis.. saya ina .. saya mmg ade mslah kulit dr zaman remaja.. bila dh tingkat usia.. sya cuba utk hilang kn parut2 yg lama.. dlu sya xpernah pakai suncreen.. tp dh tua2 nie oag kata elok lh pakai kan.. so sya pakai 1 produk.. cleansner,serum,n sunscreen.. fist pakai ok lh.. lama2 jerawat2 tmbul merah2 jerawat besar2 bernanah.. saya ade tyer pd seller dy ckp.. mule2 pakai mmg akan naik jerawat2 yg lama tu.. so sya trus kn pakai.. jrawat mmg susut parut2 hitam hilang sikit2 .. ingt kn jerawat dh xnaik.. naik lgi.. skang nie muka sya tgh sakit bengkak jerawat. Merah2 :.. saya stop suncreen.. tp still sama .. saya dh pakai hmpir 7 bulan.. tp msih sama.. sedey yer saya… 😭😭.. stress yer lahaii

    1. Hye sis 🙂

      Owh 7 bulan dikira lama juga. Cuba stop dulu semua ye dalam sebulan macam tu. Mungkin muka rasa tak selesa sikit sebab tak pakai cleanser tapi kita nak cuba redakan dulu jerawat² yang naik tu dulu. Bila jerawat dah tak ada boleh try pakai satu² dulu ye. Contohnya cleanser pakai 2 minggu dulu lepas tu kalau tak ada apa² baru pakai serum pula 2 minggu sekali dengan cleanser. Observe kulit. Tapi kalau dah stop selama sebulan pun jerawat tak kecut, better sis jumpa doktor kulit ye.

  23. Hi saya nak tanya. Before this saya tak ada apa apa masalah dengan skin saya. Mungkin masa tu umur saya baru nak masuk 20 so kulit muda orang kata. Tapi product yang saya guna tiba-tiba buat muka saya rasa terbakar, then saya tukar satu product ni. Tapi malangnya, product itu buatkan muka saya jadi breakout teruk and saya decide untuk fix balik skin barrier saya. Then saya beli product asas yang pricey sikit sebab saya harapkan ia boleh buat kulit saya makin better. Saya baru pakai dalam sebulan 1-2 minggu moisturizer ni, and tetiba naik jerawat putih. Saya jadi fobia sebab teringatkan muka saya yang pernah breakout dulu. Tapi kawan saya kata skin purging, but still saya rasa macam tetiba naik padahal dah sebulan lebih pakai and dia sekaligus banyak. Bukan setakat jerawat putih, dia tiny bumps and jerawat biasa pun ada. Agak-agak saya punya skin sekarang tengah skin purging atau breakout ya? Btw saya pakai cetaphil as cleanser, skintific as moist, and 3W clinic as sunscreen.

  24. Oh saya ada juga pakai double cleanser. Pagi saya pakai makeup remover je, malam saya pakai oil cleanser biore warna purple. Agak-agak apa ya puncanya?

    1. Hai 🙂

      Agak rumit juga nak kenalpasti punca masalah ni memandangkan sis pun dah buat double cleansing, jadi kemungkinan jerawat yang naik bukan disebabkan pori-pori tersumbat. Cuba sis check balik ingredients produk baru ni ada yang sama tak dengan produk lama yang menyebabkan muka breakout dulu. Boleh check di http://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer (masukkan semua ingredients) untuk tau apa fungsi/reaksi setiap bahan kandungan tu. Kalau ada bahan yang sama dengan produk lama yang trigger breakout, cuba stop dulu produk tu ye. Observe kulit sebarang perubahan yang ada.

  25. Hi sis Assalamualaikum , saya nak tanya , saya baru pakai satu serum ni dalam masa satu minggu yang lalu , hari pertama sanpai hari ketiga nampak perubahan yang parut saya semakin pudar ,
    Tiba tiba dah nak masuk satu minggu pakai , naik bintik putih di muka dan dagu . Dia naik dan hilang dan naik balik di tenpat yang sama . Dia jadi ada parut merah lepas bintin putih tu hilang

    Adakah itu purging atau masalah lain ? Dan apa patut saya buat ya . Terima kasih

    1. Wa’alaikumusssalam sis 🙂

      Tempoh seminggu masih dikatakan awal untuk buat sebarang kesimpulan. Tapi purging biasanya berlaku dalam bentuk jerawat halus. Sis cuba observe kulit dalam seminggu lagi macam mana ye. Kalau nampak makin teruk boleh terus stop guna produk tu ye dan cuba bebaskan muka daripada sebarang skincare at least 2 minggu (4 minggu kalau produk sebelum ni adalah produk berasaskan bahan kimia) sebelum cuba produk lain.

  26. Hi,,sy nk tnya,,kulit muka sy jenis berjerawat,sy bru je tukar produk elegen untuk pulihkan masalah jerawat dan parut..,,sy try sun screen dgn pelembap..pelembap tu boleh pakai siang & mlm…produk ni rata² cakap bagus,selepas sehari pkai muka terasa gatal dan mcm naik ruam halus tapi x merah,,Klau sy garu baru akan nmpk merah sikit,mohon pencerahan dan apa patut sy buat?

  27. Assalam hai sis,sya nk tnya,sya ad pkai satu moisturizer ni,sya pkai dalam 28 hri hmpir sebulan la and tetiba bintik ii kecik naik dkt dagu,dn dkt bhgian mata,tpi bhgian lain tk naik,tu purging atau breakout,adkh produk tu tk sesuai dgn kulit sya,jenis kulit sya kulit combine,sya pkai produk tu tkde rasa pedih or keradangn,hnya bintik ii yg naik,ad cara nk atasi tk untuk kurangkn bintik ii tu ?

    1. Wa’alaikumussalam 🙂

      Untuk kulit kombinasi pemilihan produk mesti sesuai dengan jenis kulit. Selalunya kulit kombinasi ni berminyak di bahagian T-zone (dahi, hidung dan dagu). Moisturiser yang sesuai untuk kulit jenis berminyak adalah moisturiser jenis gel. Elakkan moisturiser jenis cream kecuali untuk bahagian kulit yang kering. Cuba stop dulu pakai moisturiser dalam 2 minggu adakah bintik² kecik tu masih naik atau dah surut. Kalau surut maksudnya kemungkinan besar berpunca daripada moisturiser tu. Boleh cuba tukar moisturiser lain yang jenis gel untuk apply di bahagian berminyak sahaja. Di bahagian kering pakai moisturiser jenis cream. Ataupun boleh juga seimbangkan kulit muka dengan pemakaian softener terutamanya di bahagian berminyak (maksudnya boleh pakai moisturiser jenis cream tapi mesti pakai softener sekali). Harap membantu ye 🙂

  28. hy assalamualaikum, sy umur 15 thun..nk tnya klau sy pakai aiken …bintik ii merah tu jdi mcm jerawat ada nanah tu..tpi kecik je..tk bnyk pun..adakah itu proses nk hilangkan jerawat atau produk tu tk sesuai dgn kulit muka sy? dkt dhi sy banyak jerawat kecik je..biasanya kalau jerawat bsr tu dtg time nk dtg period je..lpstu ilang.. kulit sy ni kulit berminyak min…sy pkai sunscreen makin naikk jerawat sy…produk aikenni pun bru sminggu pakkai..tk nmpk perubahan sngt..boleh min suggest kan produk yg sesuai untuk kulit muka sy ?

    1. Wa’alaikumussalam 🙂

      Daripada cerita cik ni lebih kepada masalah kulit berminyak yang jadi punca naik jerawat. Bila kita pakai sunscreen penting untuk kita bersihkan muka dengan micellar water/oil cleanser atau paling tidak dengan facial wipes bergantung pada tahap kelikatan sunscreen tersebut. Kebanyakan sunscreen jenis comedogenic yang boleh menyebabkan liang pori kulit muka tersumbat lalu menjadi jerawat. Cadangan saya cik cuba amalkan double cleansing dulu ye at least sekali sehari sebelum tidur dalam 1 ke 2 minggu ni. Double cleansing ni step pertama cuci muka dengan oil cleanser/micellar water, kemudian terus cuci muka dengan cleanser aiken. Kalau jerawat makin naik berkemungkinan ada bahan dalam aiken yang tak sesuai dengan kulit cik. Boleh cuba tukar produk lain. Tapi untuk kulit remaja di bawah 20 tahun lebih digalakkan pakai produk yang gentle, contohnya macam brand Simple yang tak mengandungi terlalu banyak bahan dalamnya. Penting juga minum air kosong secukupnya ye supaya kulit sentiasa lembap dan cantik 🙂

  29. Assamualaikum and hi sis😊
    Before saya tanya saya list dulu ye skin type n produk saya.
    Skin type: combination to oily
    Cleanser: Cerave foaming cleanser
    Moisturizer: Aiken prebiotic
    Sunblock: 3W Clinic
    New add on (4/1/23): Serum 10%niacinamide+zinc

    Jadi sis, before saya add on serum tu saya memang consistent pakai cleanser,moisturizer,sunblock yg sama…tpi dlm tempoh tu jerawat saya still naik mcm biasa mcm x de perubahan, cuma maybe parut tu hilang sikit tpi sgt slow…n kebiasaannya jearwat saya jenis besar2 mcm kalau naik tu kdg2 1/2 bila mula nk surut naik yg lain pulak…n mcm sis kata jerawat naik pun byk faktor kan jdi saya rasa jerawat besar tu selalu naik time saya nk period,tidur lewat n x minum air…jadi saya consistent je la pakai produk yg sama tu…jadi baru2 ni saya nk try add on active ingredients so saya baru start pakai serum 10%niacinamide+zinc tu saya letak 2 kali sehari…3 hari lertama tu jerawat besar2 saya da start kecut tpi belum betul2 hilang, tapi lepas 3 hari tu da start nmpk jerawat baru pulak nk naik dan besar n sakit juga la…jadi mcm sis kata kalau purging jerawat naik mcm biasa n ada tempih dia, but kalau breakout if jerawat yg naik tu besar2…mcm saya before saya pakai serum tu pun dah still ada jerawat besar2 tu…jdi yg skrg saya alami ni purging ke breakout ye? Perlu ke saya stop guna serum tu?
    Terima kasih sis😊

    1. Wa’alaikumussalam sis 🙂

      Based on cerita sis nampaknya jerawat besar tu berpunca daripada hormon. Kalau sis umur sekitar remaja atau awal 20-an biasanya ini normal untuk sesetengah orang, sampai masa jerawat² ni akan stop naik. Cuma kalau tak dijaga dengan baik jerawat tu nanti akan tinggalkan parut. Tapi untuk kepastian kita kena ambil kira faktor lain juga.

      Kalau tak silap Cerave foaming cleanser ni yang warna hijau. Dari segi bahan kandungan nampaknya tak ada masalah untuk combination skin. Bahan kandungannya pun mostly ok. Termasuk juga moisturiser aiken prebiotic. Cuma 3W Clinic kena berhati² sebab banyak dijual yang fake. Ataupun kalau betul dah pakai yang original saya sarankan sis cuba amalkan dulu double cleansing. Boleh dapatkan oil cleanser yang ada jual di drugstore seperti brand biore (botol ungu), simple ataupun hada labo (pastikan label yang betul sesuai dengan jenis kulit). Kemungkinan liang pori tersumbat dengan sunscreen menyebabkan naiknya jerawat. Cuba dulu amalkan double cleansing ye dalam 1-2 minggu dan observe keadaan jerawat. Dalam masa sama stop kejap serum ye sebab nak pastikan punca daripada produk mana dulu. Kalau tiada perubahan dalam tempoh ni better jumpa dengan doktor kulit untuk kepastian ye. Mungkin perlu pakai ubat khas untuk jerawat.

      Harap membantu 🙂

  30. Assalamuaalaikum dan Hi sis,

    Hi sis, sebelom ni saya ada gunakan produk timbang kilo dan saya stop selepas tu muka naik merah dan jerawat besar jadi saya sambung guna semula sampai saya tekat nak berhenti sebab muka jadi pedih merah bila panas dan nampak putih..kemudian sekarang saya gunakan Skincare Brand Hiruscar ( Cleanser + Serum + Acne post ) 3produk ni sahaja dah jaga pemakanan..semiggu awal memang muka naik jerawat kecik2 ditempat jerawat yang sama agak teruk tapi jerawat cepat hilang..tak berhenti naik dan surut sampai laa miggu ke-3 Nampak ada perubahan dan muka nmpak bersih daripada sebelom..tapi masuk minggu ke-4 naik jerawat besar2 dia area pipi ( tempat mmg jerawat selalu naik ) tapi 2-4hari jerawat besar mengecut dan sekitar jerawat sekarang nampak kulit megelupas..adakah saya perlu tambah suncreen dan kurangkan penggunaan skincaretu dan adakah factor pemakanan perlu sentiasa dijaga sebb nampk bila kurang tidur dan makan tak jaga jerawat teruk. Thank you sis

    1. Wa’alaikumussalam sis 🙂

      Pertama sekali saya simpati dengan apa yang berlaku pada kulit wajah sis. Daripada cerita sis kemungkinan ianya kesan daripada bahan merkuri. Selalunya untuk hilangkan kesan merkuri dalam kulit wajah ni ambil masa yang agak lama. Bergantung pada berapa lama sis pakai produk tersebut. Ada pelanggan kami dulu 6 bulan barulah jerawat kecik dan besar ni stop naik dan kulit jadi lebih bersih dan sihat.

      Apa yang berlaku pada sis sekarang ni nampak macam hampir sama dengan pelanggan kami dulu. Cuma saya cadangkan sis pakai cleanser & acne post sahaja buat masa sekarang sebab kulit dalam fasa pemulihan. Serum selalunya mengandungi bahan aktif yang tinggi, dikhuatiri akan trigger sel kulit untuk ‘memberontak’ sedangkan bahan lama daripada produk timbang kilo dulu masih lagi ada. Sunscreen boleh juga pakai tapi pastikan yang non-comedogenic dan amalkan juga double cleansing (oil cleanser + water-based cleanser) at least sekali sehari. Double cleanse muka daripada sunscreen selepas 8 jam pakai. Observe kulit dalam 1-2 minggu ye. Kalau makin teruk better sis jumpa pakar kulit. Mungkin kena pakai ubat khas untuk jerawat. Harap membantu 🙂

  31. Hi sis.
    Kulit sya jenis yg berminyak. Mempunyai jerawat batu sekitar dagu, dan jerawat nodul di bhgian pipi, hanya sebelah pipi shja yg brjerawat. Saya prnah pkai produk skincare tpi stop pkai sbb mncul jrwat pasir d dahi. Tpi baru2 ni saya ada beli skincare yg mmpunyai tea tree oil, dll. Tapi baru sehari pakai, dh tmbuh jerawat jenis yg sma dkt bhgian muka yg berjerawat. Tambahan muncul whiteheads sekitar dagu dan pipi. Ini dikira purging atau breakout?

    1. Hi sis 🙂

      Berkemungkinan produk yang sis pakai tak sesuai dengan jenis kulit. Sis perlu fokus kurangkan lebihan minyak muka dulu ye, boleh cari produk for oily skin. Nak kata purging tak juga, breakout pun belum tentu lagi. Lagi² jerawat di bahagian dagu ni selalunya berkaitan dengan masalah hormon. Mungkin juga faktor pemakanan macam kacang, makan berminyak dan sebagainya. Cuba check dulu ye apa yang sis makan akan naik jerawat lepas tu, yang itu cuba elakkan dulu daripada makan.

  32. hai sis
    Saya cuma nak tahu sama ada kulit muka saya ni purging atau breakout. Kulit saya jenis oily. Saya baru tukar skincare dan sudah sebulan saya pakai. Kulit saya sebelum guna memang ada masalah pori besar, jerawat dan parut. Tapi selepas saya pakai skincare baru ni pori saya semakin halus cuma masalahnya naik jerawat di tempat yang sama. Jerawatnya (yang ada mata) naik dimuka saya banyak tapi dalam masa yang sama selepas 3hari macam tu jerawat tu Akan kering dan hilang sendiri dalam masa yang sama juga Akan naik ditempat yang lain dan Akan hilang sendiri juga. Saya keliru sama ada breakout atau purging. Jerawatnya kebanyakkan kecil Yang ada mata dan halus dalam masa yang sama tidak sakit.

    1. Hai sis 🙂

      Nampaknya bukan breakout. Cuma masalah jerawat biasa yang kemungkinan berpunca daripada lebihan minyak muka memandangkan sis kata kulit muka jenis oily. Mungkin ada juga purging.

  33. Hi saya ada pakai baru saja pakai satu skincare niy and dalam masa 3 hari dia buat acne scar gelap saya jadi makin kurg and ada jerawat yang dah mengecut tapi tibe ii timbul whitehead sedikit dekat belah pipi dgn hidung adakah itu boleh disebut purging atau breakout?

    1. Hi Nora 🙂

      Kemungkinan besar bukan breakout. Tapi nak kata purging pun belum tentu juga. Whitehead wujud bila liang pori tersumbat dengan peluh, sel kulit mati ataupun minyak muka yang berlebihan. Cuba amalkan double cleansing (sebaik-baiknya pakai oil cleanser) dan scrub muka. Tapi scrub muka pilih yang gentle dulu ye kalau muka masih ada jerawat. Memadai maksimum 2 kali seminggu.

  34. hi sis . sy sebelum ni pakai produk timbang kilo and dlm masa yg sama dia naik jerawat so sy buat keputusan utk stop . now sy nk back to basic skincare , macam sis kata kalau stop produk lama and kita kena stop dari pakai anything produk dulu 2-3 mingu kan ? jdi sy nk thu dlm tempoh sy restkan kulit sy ni boleh ke pakai cleaser or miceller water ?

    1. Hi sis 🙂

      Ye betul sis. Secara logiknya kalau pakai produk timbang kilo selama 6 bulan, 6 bulan jugalah perlu rehatkan muka daripada skincare. Tapi still under observation dalam tempoh tu, kalau lepas sebulan nampak macam ada perubahan positif yang ketara dah boleh mula pakai produk skincare jenama lain. Tapi to be safe better biarkan lebih lama kulit rehat dulu. Perlu ada kekuatan untuk bersabar. Dalam tempoh ‘rehat’ ni cleanser & micellar water boleh pakai macam biasa. Even toner pun boleh tapi yang gentle je contohnya macam toner brand Simple. Yang penting sentiasa observe keadaan kulit ye.

  35. Assalamualaikum ☺️saya nak tanya, kalau saya pakai produk yg sama tapi berhenti pakai krim malamnya hanya pakai krim siang sahaja, dan lepas guna balik krim malam tu, muka saya menggelupas dan jerawat yg hitam bertukar merah, perlu terus guna sahaja atau tak ya? Hal ni sama juga dengan anak saya yg umur 17 tahun. Macam mana ya?

  36. Hi ,nak tanya ,saya baru pakai produk hadalabo acne skin yg ada AHA+BHA .lepas tu muka saya naik jerawat merah gatal di bahagian yang memang jerawat selalu naik iaitu di bahgian pipi.adakah ia disebabkan purging atau breakout?sebab bahagian dahi jerawat pasir makin hilang bila guna cleanser tu cuma dibahagian pipi makin naik ,taktahan sbb gatal dan sakit 🥲

    1. Hi 🙂

      Sometimes skin purging dalam bentuk jerawat yang merah dan gatal. Kalau sis baru lagi pakai katakan dalam kurang daripada sebulan, boleh teruskan dulu ye. Tapi kalau berlanjutan juga dan jerawat tak surut, cuba rehatkan kejap kulit muka daripada pakai sebarang skincare dalam 2 minggu. Kemudian cuba pakai semula cleanser tu ye.

  37. nk tanya sebelum ni dia naik jerawat pun dia kecik je lama ii jerawat tu membesar and jerawat yg jenis ad nanah kt dlm . adakah itu purging or breakout? i bru semingu cuba produk baru ,

    1. Hai Atin 🙂

      Skin purging selalunya tak sampai jerawat bernanah dan besar. Jerawat bernanah biasanya disebabkan infection bakteria, tapi kalau besar sampai sakit kemungkinan ia adalah breakout. Sebelum cuba produk baru sebaik-baiknya bebaskan muka daripada sebarang skincare at least 2 minggu kalau previous skincare produk berasaskan bahan natural. Kalau previous skincare pakai produk yang ada chemical digalakkan selama sebulan untuk tempoh bertenang. Dalam tempoh bertenang ni boleh pakai cleanser, softener & moisturiser yang jenis gentle atau tak banyak ingredients. Elakkan pakai serum atau sebarang produk skincare yang ada bahan aktif tinggi dalam tempoh bertenang ye.

  38. hello sis, saya nk tnya knp skin saya tiba-tiba muncul biji kecil kat area pipi dan dahi? skin type sya jenis yg oily and tak berapa sngt timbul jerawat , dulu saya guna jenama Mary Kay, saya guna cleanser dan moisturizer then skrg saya tukar guna produk jenama skintefic sbb nk kurangkan tinybumps je, tpi skrg skin saya tiba-tiba muncul biji- biji kecil lepas berapa hri pkai produk baru tu. Adakah disebabkan cleanser, moisturizer dan serum skin saya jd mcm ni?. perlu ke saya stop pakai or mcm mna ya? 🥺.

    1. Hi zaza 🙂

      Berapa lama tempoh bertenang sebelum pakai produk baru ye? Kalau sis terus tukar produk baru daripada MK, kemungkinan biji² kecil tu tanda reaksi kulit sebab ‘peralihan’ bahan baru daripada skincare lama ke skincare baru. Boleh stop kejap pakai produk baru dalam 2-4 minggu kemudian cuba pakai semula. Biarkan kulit ‘berehat’ dulu sebelum tukar produk baru.

  39. Saya try new gentle cleanser.hari pertama pakai okay cuma selepas 2/3 hari pakai naik tiny bumps,kulit jadi kering dan keluar whitehead di bahagian pipi,dahi dan dagu.saya dah pakai gentle cleanser tu seminggu tapi masih ada lagi tiny bumps.cuma sekarang saya nak pastikan adakah itu purging?

    1. Hai 🙂

      Kalau kulit jadi kering kemungkinan ada bahan dalam produk tersebut yang tak sesuai dengan kulit puan. Cuba stop pakai dulu ye dalam 1-2 minggu. Bila dah tak ada tiny bumps boleh cuba pakai balik. Tapi kalau lepas pakai masih lagi naik tiny bumps kemungkinan produk tu tak sesuai dengan kulit puan.

  40. hi sis , sy mo tnya ba… sy jenis combination skin more to oily… sy jarang naik2 jerawat…. seumur hidup sy nda pernah pakai apa2 skincare products selain cleanser sama sunscreen seja… jerawat pun malu2 mo muncul, mmg jarangla muncul. then baru2 ni muka sy kluar jerawat, so i tried beberapa products ni smlm which is , toner , moisturiser, essence , serum utk tmbh basic skincare . skali sy bngun ni pagi ada tumbuh jerawat kecil dkt dagu tapi siring sikit dari bahagian bibir . purging kaitu? or a sign of breakout? mohon pencerahan ya ….

    1. Hai sis 🙂

      Daripada cerita sis ada kemungkin juga ianya purging. Cara yang betul untuk yang baru mula nak pakai skincare mestilah pakai secara berperingkat. Contohnya pakai cleanser dan toner dulu dalam 1 ke 2 minggu, kalau tiada apa² berlaku pada kulit muka barulah pakai moisturiser. Pastikan moisturiser daripada jenis gel ye memandangkan kulit sis more to oily. Kalau moisturiser jenis cream akan galakkan lagi jerawat untuk naik bagi kulit jenis oily. Biarkan sebulan macam tu barulah mula pakai essence/serum.

      Cadangan saya buat masa sekarang sis boleh stop kejap pakai essense dan serum. Hanya pakai cleanser, toner dan moisturiser. Kalau masih lagi ada jerawat, stop moisturiser pula ye. Harap membantu 🙂

  41. Hai sy nak tnya klau kulit muka naik ruam ap patut kene buat ya?kene teruskan pakai skincare ataupun biarkan je and boleh bg pntang larang sekali

    1. Hai Syaz 🙂

      Kalau sis baru pakai produk skincare atau baru bertukar skincare, ada kalanya ruam terjadi disebabkan skin purging. Kalau ruam tak berapa serius boleh teruskan pakai skincare, berikan masa untuk kulit sebati dengan bahan aktif yang ada pada produk skincare tersebut. Tapi kalau sis dah lama pakai skincare dan ruam masih lagi berlaku, kemungkinan ada bahan dalam produk tersebut yang tak sesuai dengan kulit sis. Boleh dapatkan nasihat doktor ataupun terus tukar produk lain tapi bila dah tukar produk mesti pakai secara berperingkat dulu, jangan pakai semua sekaligus. Mulakan dengan cleanser dan toner sahaja dulu at least 2-4 minggu.

  42. Assalamualaikum hi ,kulit saya jenis combination,dan kadang2 akn naik jerawat sikit2 pada pipi dan tiny bump sedikit.. sebelum ni saya pakai cleanser cosryx dan kemudian tukar ke cleanser caudalie vinopure purifying gel cleanser yang mengandungi salicy acid dan pakai sleeping mask laneige kemudian jerawat tetiba naik di pipi semasa jerawat lama baru nak hilang dan bintik2 merah sikit.. adakah ini purging atau breakout?perlu ke saya stopkan guna cleanser tu?

    1. Wa’alaikumussalam 🙂

      Kebiasaannya bila baru tukar brand produk skincare akan berlaku purging beberapa minggu. Cuba teruskan pakai dulu ye. Tapi kalau jerawat masih lagi tak surut lebih daripada sebulan mungkin kena stop dulu kejap dalam 1-2 minggu. Observe kulit dalam tempoh tu sama ada jerawat surut atau tak. Kalau surut tunggu kulit dah agak clear baru cuba pakai semula ye.

Comments are closed.

Shopping Cart