Biasa dengar muka tiba-tiba breakout bila tukar skincare baru? Selalunya kulit muka akan ditumbuhi jerawat atau iritasi pada sekitar muka. Biasanya kita akan menganggap produk tersebut tidak sesuai dengan kulit kita. Tapi sebelum tu, pernah tak anda dengar istilah skin purging?

Skin purging secara zahirnya nampak sama dengan breakout. Cuma berbeza dari segi kenapa ia terjadi.

Skin Purging

Apa Itu Skin Purging?

Skin purging sebenarnya adalah proses di mana kulit sedang membersihkan kekotoran yang berada di bawah lapisannya. Kekotoran-kekotoran ini akan dikeluarkan dalam bentuk jerawat seperti jerawat pasir, jerawat halus atau jerawat biasa.

Tempoh purging (pembersihan) ini bergantung pada kulit masing-masing, dan berapa banyak kekotoran yang perlu dikeluarkan. Ada yang hanya mengalami skin purging dalam 1 minggu sahaja. Ada juga yang ambil masa berbulan. Tapi kebiasaannya tempoh penyingkiran kekotoran lapisan bawah kulit ini berlaku antara 4 ke 6 minggu sebelum kulit mula menjadi bersih.

Jerawat yang keluar akibat skin purging selalunya terjadi apabila menggunakan produk skincare atau kosmetik yang mengandungi AHA, BHA, retinoid dan beberapa bahan aktif lain yang mana fungsinya untuk membersih dan membaiki lapisan bawah kulit. Ini juga termasuk dengan bahan aktif seperti Alpha-MAGs yang terkandung dalam produk-produk DerMAGs terutamanya DerMAGs Intensive Brightening Serum yang paling tinggi kandungan Alpha-MAGs.

Jika selepas 4 minggu atau lebih jerawat masih belum hilang, cuba kurangkan penggunaan produk tersebut kepada sekali seminggu, pakai di waktu malam sahaja. Kalau kulit nampak semakin baik, pakai produk tersebut selang sehari. Kemudian pakai sekali setiap hari jika kulit menunjukkan kesan yang makin baik hinggalah boleh pakai sekurang-kurangnya dua kali sehari seperti biasa.

Jika masalah masih berlarutan, kemungkinan itu adalah breakout.

Apa Itu Breakout?

Breakout ni pula adalah keadaan di mana kulit tidak dapat terima bahan aktif yang terkandung dalam produk skincare tersebut. Selalunya kesan daripada breakout ni nampak seperti timbul bintil merah ataupun keluar jerawat merah yang besar. Ada juga yang mengalami masalah kulit mengelupas dalam fasa kulit breakout ni.

Hentikan segera pemakaian produk tersebut jika ini berlaku pada kulit anda. Sebaik-baiknya anda perlu bebaskan kulit daripada sebarang skincare sekitar sebulan sebelum mula mencuba skincare lain.

Ada juga breakout terjadi berpunca daripada faktor lain seperti gangguan hormon, stress yang melampau dan juga masalah pencernaan.

Bagaimana Nak Bezakan Skin Purging dengan Breakout?

Ada pendapat mengatakan jerawat yang timbul akibat skin purging akan naik pada tempat yang pernah keluar jerawat sebelum ini. Manakala breakout pula sebaliknya, muka akan naik jerawat di tempat yang tidak pernah keluar jerawat sebelum ini.

Ini antara cara paling mudah untuk tentukan sama ada ianya skin purging ataupun breakout.

Tapi kaedah penentuan ini tak semestinya tepat. Bagi orang yang tak pernah naik jerawat seumur hidupnya, tetapi tiba-tiba keluar jerawat apabila mencuba sesuatu produk skincare, perlu tunggu dalam tempoh tertentu sebelum dapat putuskan ianya sama ada skin purging atau bukan. Kecuali berlaku perubahan kulit wajah yang sangat teruk seperti naik bintil-bintil merah atau jerawat besar secara mendadak, tak perlu fikir panjang, boleh terus hentikan penggunaan produk tersebut.

Perlu diingat juga yang kulit muka kita ada masanya akan keluar jerawat pada satu-satu masa. Jerawat yang keluar hari ini sebenarnya telah mengambil masa beberapa hari sebelum itu untuk keluar.

Ada produk skincare yang mengandungi bahan untuk mempercepatkan proses pengeluaran jerawat bagi tujuan pembersihan kulit. Jerawat yang sepatutnya akan keluar dalam 7 hari tapi dipercepatkan prosesnya untuk keluar lebih awal.

Jadi, bila baru pakai sesuatu produk tapi keluar jerawat selang beberapa hari selepas itu jangan pula terus salahkan produk. Boleh jadi ianya hanyalah skin purging dan ia sebenarnya adalah bagus untuk memastikan tiada kekotoran yang tersimpan di bawah lapisan kulit.

Rujukan: www.stylecraze.com/articles/skin-purging/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.