Pengenalan Program
Program Membership ini diwujudkan sebagai inisiatif khas pihak kami untuk menghargai pelanggan setia yang membuat pembelian melalui laman web rasmi kami. Program ini bermula secara rasmi pada 1 Januari 2026 dan akan berjalan selagi perniagaan serta laman web ini masih beroperasi.
Demi memastikan program ini berjalan mengikut syariah, kami tidak menetapkan sebarang yuran. Pelanggan hanya perlu buat belian minimum yang ditetapkan untuk melayakkan diri menjadi member secara automatik.
Kelayakan Penyertaan Membership
- Membership adalah automatik apabila pelanggan membuat pembelian pertama di laman web ini dengan minimum RM150 dalam satu transaksi (selepas status belian bertukar dari Processing ke Completed).
- Pelanggan tidak perlu menggunakan sebarang voucher atau kod promosi untuk mengaktifkan membership atau menikmati diskaun.
- Pelanggan yang checkout sebagai guest akan mendapat akaun yang dicipta secara automatik dan email login details akan dihantar selepas pembelian pertama.
- Untuk menikmati diskaun membership pada pembelian seterusnya, pelanggan boleh login ke akaun sendiri terlebih dahulu sebelum checkout. Diskaun akan automatically apply dalam cart.
- Pelanggan mesti menggunakan email yang sama untuk setiap pembelian supaya sistem dapat merekod dan mengira status membership dengan betul.
- Pelanggan masih boleh buat pembelian sebagai guest checkout pada belian seterusnya dan sistem akan simpan rekod belian anda sebagai kumulatif jika belian menggunakan alamat email yang sama. Tetapi sistem tidak dapat paparkan harga diskaun selagi pelanggan tidak login terlebih dahulu sebelum buat pembayaran.
- Akaun yang disyaki mempunyai aktiviti tidak sah seperti duplicate account atau penyalahgunaan sistem boleh digantung atau dibatalkan tanpa notis.
Struktur Tier Membership
Program Membership ini mempunyai 3 peringkat (tier) iaitu:
- Silver Member
- Gold Member
- Platinum Member
Status tier untuk Gold dan Platinum akan ditentukan berdasarkan jumlah kumulatif pembelian (total spending) pelanggan di laman web kami dan semua tier ini akan dinaiktaraf secara automatik. Setiap pelanggan akan mendapat email berkenaan dengan penaiktarafan ini. Hanya tier untuk Silver sahaja yang perlukan belian minimum RM150 dalam satu transaksi. Pembelian berulang di bawah RM150 tidak melayakkan pelanggan untuk mendapat tier Silver walaupun jumlah kumulatif pembelian telah melebihi RM150.
Pelanggan juga boleh melihat status membership masing-masing di My Account page.
Benefit Mengikut Tier Membership
| SILVER MEMBER | GOLD MEMBER | PLATINUM MEMBER |
| Pembelian minimum RM150 (automatik) | Jumlah pembelian terkumpul minimum RM1500 | Jumlah pembelian terkumpul minimum RM2500 |
| Diskaun 5% untuk pembelian seterusnya | Diskaun 10% untuk pembelian seterusnya | Diskaun 15% untuk pembelian seterusnya |
| Tiada minimum order | Diskaun RM2 untuk kos penghantaran | Diskaun RM5 untuk kos penghantaran |
| Tempoh sah membership: 1 tahun | Tiada minimum order | Tiada minimum order |
| Tempoh sah membership: 1 tahun | Tempoh sah membership: 1 tahun | Tempoh sah membership: 1 tahun |
| Jika tiada pembelian dalam tempoh 1 tahun, status membership akan di-reset | Tempoh sah akan dilanjutkan 1 tahun setiap kali pembelian baru dibuat | Tempoh sah akan dilanjutkan 1 tahun setiap kali pembelian baru dibuat |
| Jika tiada pembelian dalam tempoh 1 tahun, status membership akan di-reset | Jika tiada pembelian dalam tempoh 1 tahun, status membership akan di-reset |
Cara Diskaun Digunakan
- Diskaun membership akan digunakan secara automatik semasa checkout.
- Diskaun tidak boleh digabungkan dengan promosi lain kecuali dinyatakan sebaliknya. Walaubagaimana pun, semua pelanggan tidak kira status membership atau guest checkout tetap akan mendapat FREE SHIPPING untuk pembelian RM300 ke atas secara automatik.
- Diskaun hanya sah untuk pembelian melalui akaun yang berdaftar dan login.
Polisi Reset & Penurunan Tier
- Jika tiada pembelian dibuat dalam tempoh 1 tahun:
- Status membership akan di-reset ke status asal
- Semua benefit tier akan terbatal
- Sistem akan mengira semula kelayakan berdasarkan pembelian seterusnya.
Disclaimer Penting
- Program Membership ini hanya terpakai untuk pembelian di laman web rasmi https://dermags.net sahaja.
- Pembelian melalui:
- Website lain
- Ejen lain
- WhatsApp
tidak melayakkan pelanggan menerima sebarang benefit membership.
- Program ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan DerMAGs HQ dan merupakan inisiatif pihak kami sendiri.
- Program membership ini akan berlangsung selagi perniagaan dan laman web ini masih beroperasi.
- Sekiranya terdapat:
- Arahan
- Teguran
- Atau bantahan rasmi daripada pihak DerMAGs HQ
- Pihak kami berhak untuk:
- Mengubah terma & syarat
- Mengubah struktur benefit
- Menamatkan program
- Keputusan pihak kami adalah muktamad.
Nota Tambahan
Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman pembelian yang terbaik kepada pelanggan setia kami. Program membership ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan dan bukan satu bentuk kontrak atau jaminan tetap.
