DerMAGs Deep Cleansing Cream yang diperkayakan dengan Argan oil berfungsi sebagai oil cleanser dan make-up remover untuk menyingkirkan sisa make-up, sunscreen dan lebihan minyak pada kulit wajah yang boleh menyumbat pori serta mencetuskan jerawat. Teksturnya yang lembut membantu membersihkan kulit tanpa mengeringkan, sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.
Pencuci muka berasaskan air yang bertekstur sangat ringan dan halus. Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada lelaki atau wanita serta peringkat umur untuk membersihkan wajah daripada kekotoran berasaskan air seperti peluh termasuk juga debu dan habuk.
Toner yang diformulasi untuk memberi kesan efektif kesegaran dan pencerahan wajah serta kelembapan maksima sepanjang hari. Tidak mengelupaskan kulit dan memberi kesan yang tenang dan segar kepada kulit.
Serum penjagaan kulit wajah yang terdiri daripada ekstrak buah manggis yang 200% kali lebih berkesan untuk mencerahkan kulit secara semulajadi, selamat dan tidak mengelupaskan kulit. Diformulasi khas untuk membantu atasi masalah jeragat secara semulajadi.
DerMAGs Hydrating Moisturiser. Berasaskan air, tidak melekit dan kadar penyerapan pantas. Terbukti secara klinikal memberi ketenangan, kelegaan dan kelembapan serta khasiat kepada kulit untuk mencegah kekeringan dan garis-garis halus pada wajah serta membaiki struktur kulit untuk meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinar matahari berlebihan atau kelembapan persekitaran. Menghasilkan kulit yang cerah, lembut, sihat dan tona warna sekata.
Krim bertekstur ringan dan mudah ditanggalkan yang menggalakkan pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit yang cerah, halus, gebu dan anjal serta melindungi kulit wajah daripada sinar UVB (SPF50) serta UVA (PA+).
Bedak asas kusyen yang ringan dan senang ditanggalkan serta mampu memberikan perlindungan secara total daripada sinaran UVB & UVA berbahaya selain meningkatkan seri serta menutup cela pada wajah. Didatangkan bersama tube several 15g untuk pengisian krim.
Bedak muka yang dapat memberi kesan matte untuk memelihara kulit wajah agar kekal cantik dan segar sepanjang hari selepas memakai DerMAGs BB Cushion SPF50 PA+++. Mengandungi SPF15 untuk perlindungan daripada sinar UVB matahari yang mengakibatkan masalah kulit gelap, sunburn serta jeragat nipis. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.
Set travel atau percubaan untuk masalah jeragat bagi kulit jenis kombinasi. Juga sesuai untuk yang mengalami masalah jerawat tetapi tidak digalakkan memakai Refining Cream buat sementara sehingga masalah jerawat telah selesai. Sesuai juga untuk kulit jenis normal.
DerMAGs Beauty Set A adalah set besar yang difokuskan untuk pengguna dengan kulit jenis berminyak ataupun pengguna dengan kulit jenis normal. Set A ini sesuai untuk:
Membantu mengurang dan menghilangkan masalah jerawat
Membantu mengawal dan menyelesaikan masalah kulit berminyak
Membantu menyelesaikan masalah kulit kusam
Mencerah dan menaikkan seri wajah secara semulajadi dan sekata